Mangga Online

Selasa, 8 Februari 2011

LENCANA PENGAKAP RAJA



Anugerah pengakap raja adalah anugerah yang tertinggi bagi pengakap. Pengakap reaja yang berjaya mendapat anugerah ini akn di beri lencana pengakap raja dan sijil pengakap raja.

1. Reka bentuk lencana ini berbentuk tengkolok raja,iaitu tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.dengan demikian sendirinya membawa makna yang tepat di atas kedudukan lencana itu. kedudukan tengkolok diraja diatas reka bentuk itu membayang perintah Raja dijunjung  dan dimuliakan.

2. Motif  tengkolok diraja memmbawa pengertian yang mendalam kepada pengakap yang dianugerahkan itu.

3. Motif itu di letakan di dalam satu bentuk berupa kubah masjid yang membawa maksud malaysia adalah sebuah negara islam dan raja menjadi ketuanya.

4. Reka bentuk bahagian bawah motif tengkolok diraja itu dihiasi dengan ikatan persaudaraan pengakap dan perkataan PENGAKAP RAJA yang bermakna bahawa lencana ini hanya boleh dipakai oleh pengakap raja sahaja.

5. warna kuning latar belakanglencana ini membawa makna warna diraja dan warna hijau di tepi sekeliling lencana itu adalah warna pengakap.

kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan tengkolok diraja itu menunjukkan kesetian dan kasih sayang kepada raja.